Saturday, April 6, 2013

Doakan aku..

 
Akhirnya dah hampir seminggu nasi menjauhi diri yang comel ini muehehe rasanya dah tiba masanya untuk melakukan perkara yang drastik pulak.Bukan dari segi pemakanan,dari segi jadual pembelajaran,rutin harian,sikap diri,perubahan tutur kata,semua patut diubah,hmm umur pun tak tahu sampai bila,takkan sampai bila2 nak jadi jahil dari semua aspek ni..aspek apa tu? jom lah tengok sikit:-
 
KUATKAN AGAMA
hmm nak cakap tentang agama ni terasa jahil pulak diri.Jujur aku kata dalam sehari memang payah nak penuhkan solat.Malunya hambamu ini :( Sebabtu bertekad isnin ni,semua nya akan berubah.Aku yang baru dari semua aspek Insya-Allah.Bukan maksudnya aku nak mula isnin,harini aku tak cuba memenuhkan solat atau apa,aku masih cuba setiap hari untuk menjadi yang lebih baik.Biar jahil di dunia,Asal akhirat diterangi cahaya.Doakan aku dan orang yang senasib dengan aku untuk berubah ke pangkal jalan yang diredhai oleh Allah yang maha Esa..
 
PEMAKANAN
Dah hampir seminggu kawe dok jumpo nasi wehh Alhamdulillah tap berat kawe dok tunghun tunghun sedihnya wei,tapi takpe isnin juga akan ku kentalkan hati ini untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat iaitu tadaa! ATKINS DIET.apakah? Atkins ni cara diet yg mengamalkan pemakanan protein sahaja.
NO MORE RICE,BREAD,SPAGHETTI,WHATEVER KIND FOOD YANG BERSAHABAT DENGAN CARB!
 
Yang boleh dimakan hanyalah: Ayam,ikan,daging,sotong,(panggang)
Mineral Water menjadi sahabat baru anda!
 
Makanan Yng haram dalam Atkins Diet: Carb food,Buah-Buahan (2minggu untuk induction process)
 
TINGKAH LAKU
Buat masa ini Alhamdulillah aku rasa sikap aku takdelah buruk beno hingga buat orang nak muntah setakat buat orang loya tu normalah :P Tapi aku nak juga cuba ubah diri aku ke arah yang baik lebih baik dan semakin baik.Tingkah laku orang cakap mencerminkan segala-galanya.Kalau perangai gelak mcm mulut terkoyak nnt orang pun fikir betulke budak ni solat? yedak,benda ni pun memainkan pemikiran masyarakat dan juga boleh menimbulkan fitnah.Fitnah dari diri kita,kita yang dapat dosa.Allahu..

Aku harap korang mendoakan segala percubaan perubahan aku agar diredhai Allah di dunia mahupun akhirat.Kita hidup bukan selama-lamanya mungkn juga masa sudah sampai untuk aku sedar dari mana usulnya diri ini.Mungkin juga aku tidak mampu untuk berubah yang terbaik tapi untuk lebih sedikit baik apa salahnya.Dunia bukanlah segalanya,teringin juga ingin cuba mengejar Jannatul Firdaus untuk setiap umatnya..